Sunday, July 13, 2014

DISFUNGSI SOSIAL

Sudah beberapa kali aku skip meeting. Sama ada dengan sengaja atau tidak, itu tak penting. Yang penting sekarang ni ialah, mengapa aku begitu? Dengan berani menonjolkan bad organizational behavior kepala hotak ko..

Aku bukan lah protest sesuatu, ini cuma refleksi normal kepada sesuatu yang kita tak setuju sejak beberapa bulan. Tapi aku tak lah terlebih reaksi. Aku masih sedar yang aku hanya hamba kapitalis di lembah mendap ni. Ok, bunyi macam protest. Ade?

Nak cerita pun susah sebab benda dah lama jadi, dah banyak kali suarakan pun, sama juga. 

Mungkin cukuplah setakat ni aku buat perangai. Sebab awalnya aku rasa tak ada siapa yang perasan. Tapi semalam dah ada orang tegur

"Raihan, kau makin liar sekarang eyh!"

Oh tidak, aku bukan remaja nakal dengan motor merempit kesana sini. 

Di bulan yang mulia ini, aku ingin kembali kepangkal jalan. Hihihi..

2 comments:

Mustakim Ahmad said...

Tahniah kerana berjaya membuatkan diri tersedar. Cepat2lah kahwin lepas tu

Raihan Esa said...

InsyaAllah :)