Sunday, June 22, 2014

HALF YEAR 2014

Sekarang ni dah nak habis bulan 6. Setengah tahun 2014. It is a long journey I should say. Memang sangat banyak perkara dah berlaku dekat aku sejak masuk tahun 2014, and much more will come. Apa yang dah berlaku atau akan berlaku bukan semata-mata perkara yang baik. Ada juga benda buruk berlaku, tapi itulah hidup, the bitter and bitter and bitter and sweet and bitter again and so on and on..

Anyhow, aku bersyukur Alhamdulillah, semua tu pengalaman, dan pengajaran dari pengalaman itulah yang penting. Kadang-kadang akan berlaku sesuatu dalam hidup kita berulang kali, tapi setiap kali ia berlaku, kita dapat lihat ianya berpunca dari orang lain namun memberi kesan pada diri kita secara langsung, direct! And we keep wondering, why is it kept happening? Tanpa kita fikir, dekat mana salah kita sendiri. Kita tanya juga sebenarnya "apa salah aku sampai dia buat aku macam ni?" Tapi kita cuma tanya soalan tu sebab kita yakin sendiri yang kita tak salah.

Misalnya, apabila hak kita dah dirampas. Dulu-dulu, pernah kena rampas, kemudian selepas setahun dua, kena rampas lagi, kemudian tak lama lepastu kena rampas juga. Padahal bukan benda yang sama, tapi akan ada perkara-perkara yang kebetulan tersama setiap kali ia berlaku yang membuatkan kita rasa, bukan salah kita. Kalau kita fikir betul-betul, sebenarnya salahnya ada pada kita, mungkin kita sendiri yang tak pertahankannya atau kita lalai, atau sebenarnya itu bukan hak kita.

Actually, i will be loosing some one, again. Since last year until now, seorang demi seorang pergi. Ironiknya, kesemuanya ada signifikan dalam hidup aku. Mestilah ada kan, kalau tak, buat apa aku cerita, kalau tak ada kena mengena dengan aku, tak kan tak pasal-pasal aku nak cerita hal dia dekat sini. Hahaha.. Tapi ini bukan pasal buah hati lari ke apa.. Aku belum sedia untuk kongsi hal peribadi disini, puii...

Kali ni, beliau yang aku maksudkan tu, merupakan salah seorang yang interview aku masa aku nak joint Maybank. Masa tu ada tiga orang interview aku. Namun, masa aku dah joint Maybank, aku tak bekerja bawah dia, tetapi indirectly aku ada kerja dengan dia, maksud aku, aku tak lapor diri dekat dia. Cuma sejak bulan December 2013, dia take over project yang kami buat dari ex manager aku, dan bermula lah kegetiran hidup aku. Dia merupakan orang sangat particular dan terlalu voice out. Telinga aku ni dah banyak kali merah sebab dia. Tapi bukan sebab dia piat telinga aku, tapi pedih dengan ayat-ayat pedas dia.

Semenjak dia monitor project ni, aku boleh kira dengan tepat, iaitu tiga kali dia basuh aku. Kaw-kaw punya basuh, berejam. Tapi dia memang ada point yang bagus, apa yang dia cakap tu semua betul dan sebenarnya ia harus memberi kesan yang positif dalam diri aku. Tetapi kenapa sampai kena basuh 3 kali? Degil.. Boy always be the boy maaa... Hahaha... La ni, dia dah nak pergi dati department ni, ke tempat lain.. Dalam 3 tahun pertama ni, banyak sangat benda dah berlaku. Mungkin akan datang, giliran aku pulak..

Just live with it.

With the new manager.. Arghhh...



2 comments:

sweetlabyrinth said...

aku rindu nak aktif blogging balik. rindu juga nak baca blog orang!!!

Raihan Esa said...

Ye lah zach... Skrg dh tak mcm dulu..