Monday, December 16, 2013

Heading To 2014

Aku rasa aku dah sedar, kenapa aku jarang menulis sekarang ni. Ok, dah lama tak menulis. Aku sebenarnya cuba untuk menulis, banyak kali aku siap menulis, aku tak post, sebab aku rasa tak sesuai untuk aku kongsikan.

Tiba-tiba nak reserve. Konon terlalu banyak dah di kongsikan, puii!

Kadang-kadang aku rasa, aku tak mahu post benda yang mengarut. Yang tak matang. Yang tak memberi kesan pada sosio masyarakat kita.

Satu malaysia baca blog aku ke?

Sebab itu aku jarang manulis sekarang ni. Kalau kamu baca entri lama aku, kamu pun boleh perasan yang aku update entah apa-apa. Betul tak? Selain daripada tu, ada juga sebab lain. Iaitu, memang tak banyak benda yang aku boleh update. Sebab tak banyak benda aku buat.

Seterusnya sebab malas.

Tapi aku rasa, aku nak kembali rajin menulis dalam blog aku ni. Mestilah dalam blog aku, ye tak? Tak kan dalam blog orang lain, atau nak lantik orang tolong update, konon ada admin sendiri. 

Wak lu!

Kalau kamu ingat lagi, tahun 2011 dulu aku ada buat 26 Resolutions. Aku senaraikan perkara-perkara menarik yang aku buat sepanjang tahun 2011, dengan sasaran ada 26 semuanya. Tapi gagal. Aku cuma ada lebih kurang 22 kot. Antara yang best masa tu, aku pergi Penang, aku pergi taman negara, aku tukar kerja dan lain-lain lagi, tak ingat dah.

Jadi, tahun hadapan iaitu 2014, bersempena meraikan ulang tahun aku yang ke 29 pada January nanti, aku merancang nak lakukan benda yang sama. InsyaAllah. Mudah-mudahan dipermudahkan-Nya. Kali ni aku namakan projek ni

29 Resolutions 2.0 comeback! 

Apa-apa hal, aku update. So, catchup with you later.


5 comments:

ahtong longkang said...

Aku masih baca blog kau...ya, memang aku akui, ko dah jarang tulis blog. namun aku menjadi anonymous yang membaca tulisan ko setiap kali ko post. sebab apa? sebab blog ko punya feed masuk dalam list reader untuk aku baca...

hehehe

Mamok™ said...

Terima kasih ahtong longkang! :)

Mustakim Ahmad said...

hehehe..terima kasih je ke? hadiah sebagai pembaca bertuah takde ke?..

btw, soalan wajib tanya...bila nak kawen?dah ada calon belum?

Mamok™ said...

Hahaha...
Belum sampai lagi tong...
Doa2 kan lah..

Mustakim Ahmad said...

tak menjawab keseluruhan soalan