Monday, January 2, 2012

2011 : 26 Resolutions

Nampaknya, aku tak sempat nak post benda ni sebelum 2012. Seperti yang aku pernah bagi tahu dulu, aku nak listkan 26 resolutions sepanjang tahun 2011. Tapi tak bermakna ianya satu yang aku plan semata-mata. Boleh jadi tersenarai juga perkara yang tak dijangka berlaku dalam hidup aku. Pendek kata, ianya tentang 26 perkara yang telah berlaku sepanjang tahun 2011. Kiranya macam top 26 lah. 

1. Tahun 2011, aku mulakan dengan trip aku dan kawan-kawan ke Penang. Perjalanan kami dimulakan dengan menaiki train, sepanjang malam kami duk borak, sampaikan masa dah nak sampai Goergetown, ada sorang makcik kat katil sebelah kite orang tu mengadu kat laki dia "saya tak bleh tido bang sepanjang jalan" hahaha. Paling best masa trip tu ialah bila dapat pergi Hard Rock hotel.

2. Balik dari Penang, masa nak transfer gambar dan vedeo yang sampai ke hari ni tak dapat2, Abg Pm ajar aku makan Subway. Tu lah kali pertama aku makan Subway. Padahal Subway dah bersepah sepah kat KL, cuma aku yang tak reti nak beli, huhuhu..

3. Aku pindah rumah dari Kota Damansara ke Bandar Sri Damansara. Dekat je, tapi ianya satu keputusan yang susah nak buat. Bayangkan, dah dua tahun kau duduk seorang diri, lepas tu kau ada housmate. Bukan lah nak cakap tak best, tapi ia satu perubahan yang agak besar dalam hidup aku. Kena kembalikan sifat bertolak ansur dan membuang sikap suka naked  masa masak, hahaha. Tapi rumah baru ni best! Terima kasih kepada pihak penaja pengangkutan yang sudi membantu.

4. Aku joint Green's trip to Taman Negara. Memang best gila! Walaupun masa terlalu singkat, tapi aktiviti kami memang puas hati. Tube rafting dan jungle tracking memang fun, lebih lebih lagi pergi dengan budak budak Green.

5. Dua orang kawan baik aku out of town. Abang PM ke Seberang Prai dan Zaky ke Lenggong. Ini pun memberi impak dalam hidup aku. Aktiviti luar aku semakin kurang sejak mereka tak ada. Tapi, sebagai kawan aku perlu menyokong apa yang mereka lakukan. Aku sendiri kena move on jugak.

6. Aku dan kawan-kawan dapat melawat ke Taman Tasik Taiping. Tempat tu memang cantik gila! Tenang dan pokok pokok tua yang sungguh cantik di tepi tasik tu. Masa tu kami on the way nak ke seberang perai.

7. Aku naik pangkat. Aku ade cerita tak kat sini dulu? Macam tak de kan? Tak pe, ni nak bagi tahu lah ni. Setelah 7 bulan di offer, baru aku dapat black and white. Tapi aku tak puas hati dengan offer dia orang bagi. Just imagine, beza gaji baru aku dengan gaji ex-executive ialah RM700! Dimanakah keadilan? Ada bos pon, tak nak tolong, makin membantutkan ada lah.

8. Aku bukak buku ASB. Tapi aku tak buat sebarang loan lagi, malah aku tak buat sebarang tambahan simpanan lagi. Bila aku dah bersedia nanti aku buatlah kot *ayat tak de bajet, huhu* cuma buat buku semata-mata.

9. Aku terlibat dengan kemalangan, masa nak pergi kerja. Bertembung dengan sebuah motor ketika jalan jem gila. Tersentak lah jugak time tu. Terus aku bertafakur kejap kat tepi jalan, tapi bila toleh belakang ada kuil, terus aku start motor pergi kerja, huhu..

10. First time aku kena buat training untuk sekumpulan gov servant. Training selama 4 hari tu memang satu pengalaman yang berharga dalam hidup aku. Dari persediaan sampailah penutupan, semuanya akan aku jadikan panduan pada masa akan datang.

11. Aku sekeluarga pergi trip ke Desaru. Abang ipar aku belanja bilik hotel. Memang best bila dapat balik kembali ke Desaru. Plus, memang dah lama jugak kami tak pergi trip sekeluarga.

12. Aku buat pertama kalinya menonton teater di Istana Budaya. Masa tu aku tengok cerita Kenangan Mengusik Jiwa. Itu pun kawan aku yang belanja. Nak harap aku beli tiket tu, memang oh tidak le, hehehe.

13. Aku memulakan hobi baru, lomografi. Aku mula minat dengan lomografi ni bila aku suka hasil lomo. Mula mula aku tak tau sangat, tapi bila aku google dan tanya kawan kawan, akhirnya aku miliki satu camera lomo, Holga. Sejak aku ada hobi, ruang ruang senggang aku mula terisi dengan sesuatu yang aku minat.

14. Buat pertama kalinya, aku buat sesi fotoshot untuk pre-parent Anak Ali dan laki dia. Sesi tu kami buat di taman tasik permaisuri masa Anak Ali tengah ngandung 6 bulan. Aku guna dua roll, ada dekat 70 snap, tapi hasil yang terbaik, hanya lebih kurang 15 sahaja. Aku rasa untuk sesi macam tu, sekurang kurangnya kena pakai 4 roll filem, yang berbeza. Ia satu pengalaman yang best!

15. Setelah hampir 25 tahun, rumah atuk aku tak ada kenduri kahwin, pada nesfu sya'ban, sepupu aku buat walimah dekat rumah atuk aku, memang meriah gila rewang kat umah atuk masa tu.. Aku rasa 90% ahli keluarga besar bapak aku balik kampong masa tu.

16.  Selepas frust dengan apa yang dah ditawarkan pada aku, aku buat keputusan untuk mencari kerja baru. Alhamdulillah, aku telah sertai Maybank, walaupun ianya satu pilihan yang sangat berisiko, tapi aku yakin dengan ketentuan Allah, kena cuba, baru tahu. Doakan yang terbaik untuk aku, ok?

17. Buat julung-julung kalinya, aku bagi duit raya kat anak-anak sedara sepupu sepapat aku. Sebelum ni, aku bagi kat Apis dan Debab je. Ini pun aku simpan dari awal tahun, hehehe.

18. Aku beli iPad2 untuk mengantikan, err tak de ganti apa-apa. Cuma aku stop broadband kat PC aku. So aku boleh online anytime anywhere dengan iPad2 aku, namun serius, aku tak ada masa nak online anytime dan anywhere,  huhuhu. So ape kezadas aku beli menatang ni? Suka hati aku la~

19. Aku pergi trip ke Melaka. Dengan budak budak department aku. Bos kami belanja villa dan masuk water world dan makan asam pedas. Masa trip ni, aku dapat pergi Jonker Walk, naik beca dan naik river cruise. Memans best! Aku naik slide yang tinggi tu masa kat water world, serius best!

20. Aku beli insurans. Yang menjadi pilihan aku ialah Prudential BSN. Sebabnya? Housmate aku yang jual, kuang3.. Tapi ia mmg satu produk yg bagus. Juga penting untuk waktu waktu kecemasan. Sesiapanyang belum beli insurans, timbangkanlah untuk beli cepat-cepat. Ada banyak syarikat katbluar sana, pilihlah yang rasa baik untuk diri kamu.

21. Aku ke Melaka lagi. Kali ni aku pergi dengan keluarga aku pulak. Tapi kali ni kami hanya habiskan masa di A Famosa Resort, malam tu kami ke cowboy town, dan esoknya baru masuk water world. Kali ni aku belanja villa, nasib baik harga villa tu termasuk dengan sarapan, bagus betul.

22. 

23.

24.

25.

26.

22 sampai 26 tu ialah rahsia! Lalalala~

Happy new year!

5 Comments:

Azmazaira Jamaludin said...

aku nak gelak guling-guling baca no.9.kahkah

@Fr!^n@ said...

sebenarnya tak de ape yang jadi kat ko dari no 22 sampai no 26 kan.. ko saje nak bg orang tertanya2... ahahahaha syabaz!

ishmahbihabie said...

so tahun ni pe pulak perancangan nye? *kepoh*

Mamok™ said...

:P

IbuUmaR said...

Aku pon ada ye mok????hehehehe....