Wednesday, June 15, 2011

KL GANGSTER

Ade lagi ke yang tak tengok cerita ni? Dah dapat 6 juta lebih, rasanya, ramai dah yang pergi tengok cerita ni. Ini filem kedua Shamsul Yusof yang aku pergi tengok dekat panggung. Filem pertama dia yang aku tengok ialah Khurafat, itu pun sebab ada Liyana Jasmay, dan filem tu tidak mengecewakan. Filem-filem dia sebelum tu tak pernah aku tengok. Kali ni lepas aku tengok trailer filem KL Gangster, memang sungguh menarik dan membuatkan aku nak tengok filem ni.

Sinopsis dari aku : Filem ni menceritakan tentang seorang bekas banduan, iaitu Malek, yang dipenjarakan selama 5 tahun. Sebelum dihumban kedalam penjara, dia merupakan ketua gangster dengan kawan baik dia King. Tetapi selepas dia keluar dari penjara, dia berazam untuk mulakan hidup baru, menjalani kehidupan macam orang biasa, tak mahu terlibat dengan dunia lamanya, walaupun di pujuk oleh King dan Ajip (juga kawan baik Malek), tetapi Malek memilih untuk tinggal bersama kawannya yang lain iaitu Fadil, dan mengelak untuk pulang ke pangkuan ibunya kerana ibunya pernah menghalau dia kerana tidak terima dengan kerja yang Malek lakukan sebelum ini. Tetapi Shark yang menjadi punca Malek masuk ke dalam penjara dan merupakan anak tiri kepada King masih tidak puas hati dengan Malek, dan mengganggu hidup Malek. Dalam pada Malek cuba sedaya upaya untuk teruskan hiudupnya walaupun diganggu oleh Shark, dia juga cuba hendak menyelamatkan adik perempuannya, Zati yang terlibat dengan aktiviti jual dadah, dan dalam masa yang sama menerima provokasi dari Shark yang mengupah adik lelakinya Jai untuk sertai kumpulan Shark. Kesabaran Malik tercabar apabila Shark menikam kawan baiknya Fadil, dan akhirnya Malek pergi bertemu dengan Dragon, ketua kumpulan samsing yang disertai oleh Ajip untuk dapatkan sokongan, tetapi Dragon menolak kerana bengang dengan adiknya, Jai yang sebelum ni merupakan oran bawahan dia, tetapi menipu duit dia dan beralih kepada Shark. Tetapi disebabkan Ajip yang sangat sayangkan persahbatan dia dengan Malik dapat memujuk Dragon untuk membantu Malek.

Komen aku mengenai filem ni:

Jalan cerita filem ni memang ada. Bak kata aku sendiri, filem ni ada point. Kadang-kadang aku keluar panggung dalam keadaan terpinga-pinga, apa point filem tu tadi? Tapi filem KL Gangster, ada cerita dia, yang tak hilang, dari awal sampai habis. Jalan cerita tak lari dari tajuk filem ni. KL Gangster, dan cerita memang fasal KL Gangster. Kebetulan, minggu lepas, astro tayangkan balik filem Gangster arahan Bade (filem yang Rosyam Nor berlakon 3 watak), filem tu dulu, masa baru keluar, aku suka, tapi bila nak dibandingkan dengan arahan Shamsul ni, KL Gangster lagi gangster. 

Dari segi persembahan watak-watak, terutama 5 orang yang ada di atas poster, memang terbaik. Begitu juga dengan watak King dan Dragon. Kesemua mereka mengekalkan momentum dari babak-babak yang sebelum. Malek yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dibawa dengan baik, pergerakan, tubuh dan mimic muka memang cukup hero bagi aku. Dia sangat cool dan aku dapat ikut watak dia sepanjang cerita ni. Cuma muka dia bersih sangat dan terlalu kemas untuk cerita ni, mungkin terikat dengan kontrak L’Oreal kot. Tetapi serius, Aaron pada aku telah mempersembahkan watak hero yang jantan, kita dapat rasa perasaan dia terutama untuk babak sedih ketika dia bertemu ibu dia dan selepas dia terima penerangan dari doctor tentang keadaan Fadil, dia tak menangis pun, tapi orang boleh rasa apa yang dia rasa. Jai yang dilakonkan oleh Ady Putra, sepanjang cerita dia kekal jahat, dan setiap kali berlawan, aku akan sokong 100% orang yang lawan dengan dia. Dia juga bijak mempersembahkan pergerakan tubuh badannya termasuk ketika berlawan, dan Nampak perbezaan antara watak dia dengan watak lain ketika berlawan. Mimik wajah yang ditunjukan juga memang memberi impak kejahatan wataknya. Namun kejahatan atau gangsternya Jai adalah mungkin desakan hidup dan apa yang dia nampak itu sahaja dunianya tak kira sama ada dia dibawah kuasa siapa, namun gangster manapun dirinya, dia masih ada rasa kasih dan simpati.

Shark yang dilakonkan oleh Shamsul sendiri merupakan watak yang paling aku suka. Costume dan penampilan wajah yang bermisai, menampakan sisi gangster dia dalam filem ni. Disebabkan aku faham dengan jalan cerita filem ni, jadi aku dapat rasa perasaan setiap watak bila camera close up kat muka dia, termasuklah dengan watak-watak lain. Ajip yang dilakonkan oleh Soffi Jikan juga dibawakan dengan baik, gaya percakapan dia dalam filem ini membuatkan watak dia diingati. Dan akhir sekali Fadil yang dilakonkan oleh Zizan, mungkin Zizan tak ada masalah untuk melakonkan wataknya, tujuan watak Fadil pun sebenarnya untuk memberikan sedikit unsur humor, dan ia tidak gagal. Zizan muncul dalam filem ni dalam keadaan ‘berwatak’ dan watak itu bersebab, bukan saja-saja watak tu diwujudkan. Kadang-kala di felem-filem lain, watak seperti ini tak ubah seperti iklan, kalau ada tanda pangkah dekat dahi, memang aku nak klik je simbol pangkah tu, tapi Shamsul membuatkan watak Zizan bersebab dan penting dalam filem ni.

Watak-watak lain seperti King lakonan Ridzuan Hashim (selalu sangat bawa watak ketua samseng, cicakman2, my spy) dan Dragon (Korie) juga dipersembahkan dengan baik. Cuma watak Zati lakonan Sheera,aku rasa kurang rosak untuk filem ni. Walaupun lakonan Sheera ok, tapi mungkin kehendak skrip wataknya kurang menonjol.

Apa yang menarik dalam filem ni, ianya tidak sunyi, jika perasan, hampir setiap masa ada muzik latar mengiringi cerita ini. Itu mungkin sedikit, tapi bagi aku, ia membantu aku untuk membuatkan aku duduk diam dari awal sampai habis, sebab setiap babak masuk dengan berterusan tanpa beri peluang untuk aku lepaskan nafas lega walaupun sekejap. Dan tak ada babak nak show off buat slow motion bila ketua gangster turun kereta.

Kamera shot dengan baik, terutama dalam babak kejar mengejar antara Shark dan King, memang epic dan nampak laju dan nampak mereka berlari. Dalam filem ni juga, Syamsul tak menunjuk sangat latar tempat, focus habis pada watak dan cerita untuk setiap babak. Misalnya babak di rumah emak Malek, sama ada ketika Malek balik rumah atau ketika Shark gertak emak Malek, Syamsul tak sibuk nak tunjuk belakang rumah ada menara KL ke, tepi rumah ada kedai kopi ke, ada kapal terbang melintas ke, memang tak ada. Cukup dengan beberapa shot pemandangan KL sama ada siang atau malam, simbolik pada cerita ini sendiri.

Babak pertarungan atau pergaduhan juga dipersembahkan dengan baik, kamera shot babak ini juga dengan baik, editing babak slow juga tepat. Pergerakan yang dibuat setiap pelakon memang nampak tangkas. Tapi aku macam perasaan gerak lawan dari setiap pelakon macam sama, mungkin dapat latihan bersama dari seorang jurulatih. Tetapi ia berjaya ditutup dengan persembahan karektor watak-watak itu sendiri, paling jelas antara Malek dan Jai, dimana bahasa tubuh Jai disampaikan dengan stail yang berbeza, menampakan semangat gangster dia yang tidak pudar.

Babak sedih disampaikan dengan sungguh epic bagi aku, iaitu babak ketika Malek bertemu ibunya, kasih sayang ibu yang rindukan anaknya dan kasih sayang anak yang rasa sangat bertanggungjawab pada keluarga memang menyentuh hati dan disambung terus dengan babak Jai yang jahat itu, telah menyelitkan duit pada poket seluar seorang kanak-kanak gelandangan dan menyelimut budak itu yang sedang tidur dikaki lima.

Tetapi aku ada sedikit perasaan kurang puas bila ada persoalan yang timbul dalam kepala aku. Antaranya, kenapa Syamsul tidak tunjukkan kehebatan dan keakraban Malek dengan kawan-kawannya sebelum dia masuk penjara secara imbasan sekurang-kurangnya, hal ini hanya disebut-sebut oleh watak-watak lain. Kemudian watak Zati bagi aku, tak cukup rosak dalam filem ni. Dia benci dengan abang dia atas sebab yang dia sebut sendiri, itu je. Aku rasa ada baik jugak kot, kalau ada satu babak imbauan masa Zati luahkan hati dia, bagaimana gangster-gangster tu datang rumah dan rosakan dia. Babak Ajib bukak cerita pasal kisah antara Malek, King dan Shark di warong, apa yang disampaikan Ajip tu penonton dah tahu di awal cerita, kalaulah diawal cerita penonton tak sedar atau tak tahu apa hubungan Malek dengan King dan apa Shark dah buat pada Malek, babak Ajip bukak cerita tu akan menjadi babak penting, yang menjadikan penonton rasa “ooo macam tu..” tapi malangnya bila babak tu berlaku, terpacol plak dari mulut aku “motif kau nak cerita? aku dah tau kot pasal tu..” Mungkin lebih elok, dia orang cerita pasal lain masa tu. Kemudian ada satu babak Shark cakap pada King yang dia tahu apa King dah buat dekat mak dia, tapi aku tertanya apa yang King dah buat? Nak kata ada sambungan, King dengan Shark dah mati. So, sedikit tergantung walaupun ayat tu agak membantu motif Shark nak bunuh King dan motif dia selalu buat kacau bisnes king dan buat perangai redah satu KL ikut suka hati dia.

Penamat filem ni, memang tamat. Walaupun ada beberapa suara kata ‘macam gitu je ke tamatnya’ pada aku ia dah cukup baik, habis tu nak macam mana lagi? Nak suruh polis atau ambulance datang? Tipikal sangat tu. Tapi filem ni mengingatkan aku pada filem Faster lakonan the rock. 

Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan filem ni, ia dipersembahkan dengan baik dan laju dan sesuai dengan tajuknya. Walaupun elimen gangster itu berjaya disampaikan tetapi nilai-nilai moral terutama kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan jelas disampaikan dalam filem ini. Aku berikan rate untuk filem ni 9/10.

7 comments:

aria said...

tapi mok aku rasa mcm nak lempang je syamsul dalam cita tu.nak cakap slang cina tapi mcm cacat je.huh

Mamok™ said...

Pergh, nak lempak Shark? Gangster Taiping neh... hahaha..

ishmahbihabie said...

mak aihh... bape jam ko karang review ni mok???

but thanks! tak payah susah2 aku pi tengok :p

Mamok™ said...

ops, sorry, hahaha.. pergilah tengok, tak rugi.. memang best!

suzie@cut said...

pergh....gempak... tul ko punya komen...lps ni pi mintak keja kat media hiburan....jadi penulis kat majalah filem...sure jadi selebriti

suzie@cut said...
This comment has been removed by the author.
Mamok™ said...

ah, dari dikan kerja kta majalah tu baik aku buat majalah sendiri.. hahaha..