Tuesday, February 22, 2011

PETROSAINS KLCC

Dekat KL ni semua benda dah naik harga ek. Misalnya, last two weeks, aku dengan msdk nak naik KL tower. Dulu, masa aku first year study, aku dah ke KL tower dengan member aku, tapi tak naik lah, Cuma jalan-jalan dekat situ je, tanya harga tiket tuk naik ke atas. Petugas tu cakap, kalau tunjuk IC Cuma RM10. Kalau tak tunjuk IC atau bukan warganegara, dalam RM20 something kot, tak ingat dah aku. Tapi yang aku pergi hari tu, dah tak ada konsep tunjuk IC dah, semua harga fix, nak naik ke view deck, bayarannya ialah RM38. So, kami pun batalkan niat nak naik KL tower, dan terus ke KLCC untuk masuk Aquaria pulak, sebab masa aku study 2nd year dulu, harga Aquaria RM25, ok lah, maybe puas hati kot.

Sampai di Aquaria, kami tengok harga tiket, dengan IC Cuma RM35 dan kalau tak ada IC RM45. Okay. Dah naik harga jugak. Kami pun batalkan niat kami untuk masuk Aquaria. Alang-alang dah ada di KLCC, kami terus menuju ke Petrosains, Alhamdulillah, harga masih tetap, aku dah masuk last year dengan Afiq, RM12 dan kali ni pun RM12. Macam tu lah kalau nak berniaga, hahahalimah jongang. Bukan kami tak mampu, tapi terasa macam tak berbaloi, untuk bayar mahal-mahal tapi just untuk tengok sahaja *tu kata Abg PM lah~* betul lah tu.

Petrosains tak banyak berubah dengan apa yang aku masuk dulu, ada minor perubahan sikitlah. Walaupun most of the activities sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah, tapi sebenarnya ia memang sesuai untuk semua peringkat umur juga. Sesiapa yang tak pernah pergi Petrosains, meh aku cerita apa yang best dan corat-coret sepanjang aku, Zaky, Abg PM danUstazah dekat dalam tu :

Ada satu silinder dekat pintu masuk, kamu boleh ketahui sama ada badan kamu cukup air atau kurang air, dengan menggunakan mentol lampu yang di cucuk di tapak tangan kamu. Kalau tak cukup air kamu kena keluar balik mula digarisan mula, dekat situ ada air terjun mini, sila minum, hehehe..



Menggerakkan bola hanya dengan menggunakan minda. Siapa yang tak tenang, jiwa kacau, banyak masalah, berhutang keliling pinggang kompom tak dapat kawal bola tu, hahaha..



Game kereta yang seatnya gerak ikut dalam screen, ni kena tambah RM2, tapi memang best!


Naik halikopter ke pelantar minyak. Ni lagi best kalau screen dia buat 3D, tapi not bad lah..

Turun di gelongsor di pelantar minyak, serius cool!

Ada banyak trivia dan ujikaji simple yang best dekat dalam tu. Most of the volunteer pun memang cool.

Boleh mengira kelajuan kau orang membaling bola.

Ada satu sudut tu, ada 4 biji buah dadu, dan volunteer tu susun tinggi-tinggi dan dia bagi soalan, jawapan kami betul, tapi teknik kami salah. Sedangkan ia satu teori yang sangat mudah. Tapi aku dah lupa macam mana nak kiranya, hahaha..

Sebelum petugas tu nak bagi soalan pasal buah dadu tu, dia datang dekat kami “apa kata saya tunjuk dekat kau orang cara penggunaan buah dadu ni disini?” Selepas dia melihat kami semua duduk atas buah dadu tu sorang satu untuk bergambar * LOL, wat malu je*




Sumber alternative eletrik juga menarik untuk dipelajari.


Kami habiskan masa dua jam di dalam tu, tapi sebenarnya tak cukup. Banyak juga yang kami skip, sebab hari tu a bit rushing. Kalau kau orang nak pergi, datang lah awal k, memang fun!

Kalau masuk bab sains, dinosor memang tak tinggal lah.. 

Ni dekat Las Vegas, hahaha.. Lepas dah puas menangkap gambar dikat situ, pusing belakang berderet orang beratur nak bergambar dengan kami jugak dekat situ jugak, hahahaha..

Sebagai artis popular, kenalah melayan peminat, tak kiralah yang tua, muda atau yang cilik, muka kena sentiasa senyum..

Jangan lupa snap gambar di PC sebelum ke pintu keluar, gambar tu dulu last year, boleh print out, tapi kali ni kena email sahaja dan free. Tapi memang cool! So pergilah ke Petrosains KLCC, lepastu boleh shopping, petang boleh tengok Air Pancut dekat taman :)


Sumber gambar dari FB Ustazah, tapi aku bagi link blog dia. Hehehe..

7 comments:

Azmazaira Jamaludin said...

xble blah beb label edu!hahha..kt mmg ptt jd duta kanak2..mmg terpelajar sgguh!hahha

eleh xnk bg link sudah!!kwn2 yg cumey yg mbaca blog budak ni,marilah bjln2 d blog sy!hahha

beb,ni harus aku akui..stp x bc blog ko mmg gelak pnya!!kra ko ni taraf badut profesional la..haha

bihah said...

uhu saya tomeyl eyh klu baca blog ustazah ;)

thanks for the info mok! next cuti skola nanti bole ler aku angkut adik2 ke petrosains sebab cuti skola tahun lepas tak jadi pegi zoo negara... sekapala rm20++ kot tsktsktsk

Azmazaira Jamaludin said...

biha:hahha dun clme ustazh..trus rase nak bli shawl lilit2 kat kpala..hahah

zoo negara?cam bst gak tu kan??gud idea biha!

Mamok™ said...

Ustazah : aku dah dapat offer dari KLCC tuk jadi duta, nanti aku tarik ko jadi make up artis aku k..

Biha : memang sesuai tuk bawak adik2 ko.. tapi, kau tak pernah pergi ke? belakang rumah kau kot~

bihah said...

Ustazah: pegi kuala gandah kat pahang pun best, dapat bermesra sakan dengan gajah2, rusa2 dan kawan2 mereka yg len :D

Mok: petrosains ka? last aku pegi dgn adik2 yg ada masa form 2 ;p kot zoo negara tu lagi berkurun tak jejak kaki, jejak mato je bila duk lalu lalang situ kuang3

Azmazaira Jamaludin said...

ustaz:kalo aku jd make up artis ko mmg cam zebra la aku mkpkan ko..duta klcc knon..dlm klcc pn blh sst..haha

biha:kuala gandah?wlaupun sy anak jti phg sy xpnh pg ke sana biha..huhu..bst ek?xpela nanti blela kt wat lwtn ke sana..pastu blela ustaz mamok(ke gemox..hahha) update blog..n make sure under label education k!wah g2!hahah

Mamok™ said...

bebual lah korang...