Sunday, March 16, 2014

STATUS UPDATE

Dengan nama Allah.

Ada beberapa perkara yang aku nk update dekat sini. Maksud aku, untuk aku kongsikan dekat sini. Macam dulu-dulu. Semua benda nak di ceritakan dekat sini. Telus. Ikhlas. Puii...

Pertamanya, aku nak beritahu yang aku dah selamat pindah rumah pertengahan bulan February lalu. Seperti yang aku katakan sebelum ni, rumah yang baru ni tempat yang pernah aku duduk dulu, cuma blok lain. Dan rumah ni kecik je. Sangat kecik. Masa nak pindah tu aku gunakan lori sewa, siap dengan pemandu dan man power dua orang. Tugas mereka angkat barang dari rumah lama bawa masuk lori dan angkat barang dari lori bawa masuk ke rumah baru. Aku tak buat apa-apa pun, kecuali packing.

Nak tahu harga dia? Semua sekali RM220 je. Kalau korang nak pindah, boleh la guna khidmat mereka, ada website, siap ada schedule diorang lagi, korang kena tengok hari apa yang diorang free. Kena cepat sebab harga mereka murah, ramai yang guna khidmat mereka. Aku tak ingat laman web dia, try google Zuridan Distribution. Tapi area lembah klang je. Kalau kau dekat mentakab, diorang tak pergi kot.

Keduanya, 

Penat plak aku nak taip, next time lah aku cerita.

Live your life!

Monday, February 3, 2014

The Birthday

Happy belated birthday to me! I just turned 29 last 26 January and I'm fine.

Aku mulakan tahun 2014 ni dengan masalah perumahan aku. Nampaknya masalah ni dah macam masalah tahunan pulak untuk aku. Aku kena pindah dari rumah yang aku sewa sekarang ni. Sebabnya, tuan rumah nak jual rumah ni. Awalnya dia ada jugak tanya aku sama ada aku berminat tak nak beli rumah aku sewa ni. Aku memang berminat, dan aku pun tengah cari rumah untuk dibeli. Tapi dia nak cepat, aku pula bukan nak beli cepat-cepat, jadi, aku tak beli rumah ni.

Perancangan aku ialah, aku nak beli rumah untuk diduduki. Kalau ada rezeki aku nak beli rumah yang selesa, elok dan aku boleh menetap lama. Banyak nasihat yang aku dapat, diorang suruh beli je dulu, kemudian bila rezeki dah bertambah, cari yang lebih baik. 

Aku masih mencari. Sama ada aku akan beli untuk diduduki sendiri atau disewakan, tak tahu lagi. Bergantung kepada kemampuan aku. Alhamdulillah, aku ada penasihat yang baik dan ada juga kawan aku masa belajar dulu nak tolong, dia part time ajen rumah. Tapi disebabkan aku sibuk dengan hidup aku yang tak tentu arah, kerja dan nak pindah rumah, aku belum lagi duduk secara serius dengan kawan aku tu. InsyaAllah, bila dah tenang nanti, aku jumpa mereka.

Setakat masa ini, aku dah dapat rumah sewa baru. Tempat yang aku familiar sebab aku pernah duduk disitu dulu. Cuma kali ni aku duduk blok lain dan tingkat yang lebih tinggi. Tempat tu ok. Cuma persekitaran bangunan tu agak kotor sikit. Mungkin aku pergi tengok masa cleaner cuti 3 hari kot. Tapi nasib baik floor rumah aku tu bersih.

Apa pun, buat sementara waktu, ok lah. Dekat sikit dengan office aku, tak jauh dari TBS dan aku rasa abah aku tak kan sesat nak datang rumah aku, masih tepi highway cuma jauh sikit je dari tol sungai besi. Hehehe.

Ok, berbalik kita pada birthday aku. Terima kasih kepada yang bagi ucapan, ada yang text, call, twitter, instagram dan facebook. Aku rasa tahun ni banyak jugak hadiah aku dapat. Tidaklah berlambak, cuma  nak dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ni lebih sikit. Aku dapat hadiah ipod shuftle, cover ipad, kad, mug dan ada orang hantar sejambak ferero roche! 

Thank you Allah for giving me all those kind people in my life.

Dan ada selebration dari Abg PM dan Ustazah, kami lepak di Jaya One. Gila tak ada!


Saturday, January 11, 2014

BUKIT TINGGI

Hujung minggu lepas, kami ke Bukit Tinggi. Kami dah lama sangat merancang nak kesana. Masa zaman kami kehulu kehilir tak tentu pasal dulu. Tetapi asyik tertangguh. Kebetulan aku free sikit ahad lepas, kami pun gerak kesana. Tempat tu menarik, untuk bergambar. Cantik. Rasanya malam dekat situ ada aktiviti yang menarik, yang diseeiakan oleh resort tu.

Aku tak dapat nak explain lebih lanjut pasal bukit tinggi ni sebab aku pun tak ada banyak information. Tapi aku suka Kampong Jepun. Memang cun! Dari pekan Francis Light tu nak ke Okhio kene tunggu tramp, kau tak payah susah-susah nak tekan minyak. Perjalanan dari KL ke Bukit Tinggi lebih kurang dalam 20 minit je kalau ko bertolak pukul 6 pagi. Hari tu kami pergi pukol 9 pagi, sampai pukol 9. 45. Tiket masuk RM12 seorang.

Untuk keterangan lebih lanjut, korang gigih lah google lagi, ok!

Aku lama sangat tak update pasal aktiviti kami kan? Selalu je melepak dan berjalan, cuma nak update blog tak sempat. 










Saturday, December 21, 2013

Papadom 2

Dulu, aku menonton filem Papadom sebab Liyana Jasmay. Tapi sebenarnya, filem tu memang best. Tak silap aku masa tu tahun 2009. Sekarang keluar pulak sambungan, Papadom 2. Awal-awal lagi aku plan nak tengok. Tapi tak tahu bila masa nak pergi tengok. Bila ada masa free, nak buat benda lain pulak. 

Hari ni aku pergi wedding anak sepupu aku di Gombak. Lepas makan dan borak-borak, aku minta diri sebab aku tengok awan dah mula mendung, aku malas nak stay lama-lama kat majlis tu, lebih-lebih lagi tak ramai sedara mara yang aku jumpa. Yang ada pon sibuk tanya bila turn aku. Kang kalau hujan, dah stuck dekat majlis tu nanti.

Memandangkan dari MRR2 jem hala ke KL, aku ikut kepong, awan pulak makin mendung, aku terus singgah the curve,  bagi hujan lepas dulu. Makanya, dapatlah aku pergi tengok cerita Papadom 2. Panjang pulak kronologi kau nak pergi tengok movie ek.

Filem ni macam yang dulu juga, dia bagi je, tak ada yang mellow mellow. Tak bosan. Liyana jasmay dan Afdlin masih kuat dengan watak diorang dari filem pertama. Cuma, aku tertanya dengan watak Shasha (Scha Alyahya), macam tergantung je, lepas kena sound tepek dengan Saadom, terus senyap, tak keluar-keluar dah.

Mungkin cerita ni ada menempelak pihak-pihak tertentu. Tapi aku tak tahu siapa dan aku tak paham apa maksudnya. Tapi aku masih lagi faham cerita ni. Mesej yang aku dapat dalam filem ni, salah satunya ialah melepaskan dengan redha tentang sesuatu yang dah tak jadi milik kita atau yang akan pergi tinggalkan kita. Kita kena terima dan teruskan hidup dengan memberi peluang untuk apa sahaja sekeliling kita menyertai hidup kita.

Memang susah nak melepaskan sesuatu yang kita sayang. Sesuatu yang kita dah serahkan segala keringat. Sesuatu yang kita sudah korbankan hidup kita untuknya. Tapi untuk menjadi lebih baik atau mendapatkan yang lebih baik, mungkin melepaskannya adalah sesuatu yang terbaik. Memang itulah resmi hidup. Macam biasa aku katakan dulu, just live with it, i should know..